Friday, 22 January 2021

Alamak Harumnya....

Salam barakah buat semua...

MasyaAllah lama tak berkesempatan untuk berkongsi di sini.

Alhamdullillah  diizinkan ALLAH SWT untuk berkongsi. Kali ini nak berkongsi nikmat ALLAH yg begitu 'Special'.

Lucu tak kalu ada yang tak suka 'perfume'. Adoii...kenyataannya memang ada ...sayalah tu..he..he

Mesti ada yang tertanya-tanya kenapa ada jenis macam saya ni kan.  Sebab bau perfume  mesti ada bau berminyak..Perasan tak?

Sebab kita bukan jenis yang boleh pakai perfume macam orang lain, Terpaksalah kita jaga kita agar yang hapak2 tu tak perlulah dihidu orang lain😁

Sehinggalah suatu hari tu,sahabat juga saya anggapnya sebagai murabbi telah tunjukkan haruman yang saya Tidak Mampu Menolaknya....Ya Allah baunya...Lembut, Tenang juga rasa Segar aje.

Kita pun apa lagi 'check le apa bahan-bahan haruman yang 'Best sesangat ni...

Bahan-bahannya memang yang terbaik patut lar ...TAPI PALING PENTING APA TAU? Tiada bau berminyak...MEMANG PILIHAN TEPAT! Sangat Semulajadi baunya.

Okeylah kita tengok-bahan apa dalam haruman yang begitu memikat hati saya ni...

Air zam-zam, gaharu, bunga sundal malam, bidara, bunga liliy

Terbaikkan ramuannya!  Keharuaman  Tak mampu nak cerita ...Harumnya

Sesuai dengan namanya 'Harum Raudhah'.   

Ramai yang pernah ke Taman Raudhah yang terletak dalam kawasana Masjid Nabawi di Madinah termasuk En. Somi kita  pun bagitau juga, katanya Harum Raudhah memang seakan bau di Taman Raudhah Masjid Nabawi.

   


                                                Taman Raudhah dalam Masjid Nabawi   


Pengalaman menggunakan Harum Raudhah bagi saya dan keluarga sangat 'istimewa'.  Bukan saja harum, tapi banyak kebaikan yang ALLAH SWT izinkan buat kami.

Pertamanya tentang masalah mata yang saya alami hingga menganggu kesihatan seluruh badan. 

Alhamdullillah,  dengan amalan semburan Harum Raudhah 5X sehari bermula solat Subuh hingga Isyak, termasuk juga bila nak tidur malam  masalah kesihatan saya dengan izin ALLAH SWT dipermudahkan reda.

 Anak teruna saya remaja, 19 tahun terganggu dengan masalah bau badan yang sukar hilang walau dah pakai bermacam deodoren,  bau hapak badannya jadi lebih teruk.  

 Jadi, saya amalkan tiap kali lepas mandi saya minta dia sembur pada bahagian ketiak, dan bahagian terlipat.   Kemudian barulah gunakan deodoren kesukaannya. 

Alhamdullillah, dengan izin ALLAH jua, bau hapak badannya hilang dan bebas untuk memilih deodoran kegemarannya.

Anak gadis saya 15 tahun, kulit sensitif, muka selalu dihinggapi jerawat batu. 

 Dapat je Harum Raudhah hari-hari tiap kali lepas mandi dispraynya haruman ni pada muka.  Apa katanya, jerawat cepat kering, pulak tu, kulit muka jadi lembut je.  

Sengih-sengih je seronok katanya.  Ialah anak remaja, jerawat ni isu besar bagi mereka.


Yang ni pulak, jenis yang susah tidur.  Katanya dengan semburan Harum Raudhah mudah je cucunya tidur.

Apa pun ada yang nak bertanya lanjut boleh ya WhatsApp saya 

www.wasap.my/60139394501harumraudhah




  

Friday, 6 April 2018

Rasa Muda, Nampak Muda, Jadi Muda

Dengan nama Allah

Seminggu ini cukup terasa hangat.  Dengan cuaca yang ALLAH SWT tentukan agak panas, ditambah dengan fenomena Kehangatan dan Kemantapan DN~HAns yang tentunya lebih Elegent, Mantap dan Mentapkan setiap mata yang memandang.

Lebih teruja pihak Syarikat Safiyya kini mempermudahkan orang ramai untuk sama-sama menyebarkan kebaikan dengn lebih menguntungkan sama ada untuk kegunaan sendiri dan keluarga atau juga membantu menyebarkan kebaikan kepada orang ramai.
Pakej Keahlian Valid April -Julai 2018
Bersama Menyebar Kebaikan, Jom Kita Bersahabat.Rebut Peluang yang dibuka ALLAH SWT ini

www.wassap.com.my/013 9394501


Tremella

Tremella nama saintifik untuk cendawan putih.
Masyarakat cina selalu jadikan cendawan putih sebagai sup untuk kesihatan. 










Sunday, 18 February 2018

Amanah Sihat

Sihat itu Amanah!

Diberi oleh Allah SWT kepada hambaNYA yang paling istimewa iaitu manusia.  Bila disebut amanah maknanya ia memerlukan penjagaan rapi, sebaik mungkin.
Kesihatan bahagian manakah pada seorang manusia itu yang perlu dijaga.  Tentunya keseluruhan iaitu tubuh badan luaran dan dalaman juga yang Paling PENTING adalah Rohani atau Keimanan.

Kadang kita terlupa bila hati dikuasai Iman, Iman yang benar InsyaAllah  kuasa yang sangat hebat terhadap kesihatan fizikal berlaku.

Jom baca ni!

        Rasa bahagia adalah ibarat tubuh sedang terbius oleh morfin semulajadi di dalam otak.  Bahkan morfin ini seratus kali ganda lebih kuat yang mana ianya  akan membantu meredakan kepedihan.  Sejauh mana seseorang berfikir positif dan berasa bahagia  maka sejauh itu pula jaringan protein yang dihasilkan tubuh akan lebih sihat dan daya tahan tubuh akan bertambah kuat.
    
      Sifat-sifat mudah marah, takut, khuatir, risau dan benci andai bersarang dihati maka sofat-sifat tersebut akan mempengaruhi organisme tubuh ke arah negatif dan merubah  fizikal juga.
                    Ferudun Ozdemir :ALLAH ADA, Masalah Tiada
 
    Menurut Dr. Charles Philmore:
      Segala macam ubat yang diperlukan oleh tubuh manusia adalah dihasilkan dalam otak.  Pembaharuan yang ada di dalam otak, akan menyebabkan pembaharuan sel di dalam tubuh kita

Allahuakhbar....
Begitu hebat kuasa redha dan sentiasa bersyukur yang diberikan oleh ALLAH SWT buat hamba-NYA yang terpilih. 
Fikiran yang bahagia PASTINYA hadir dalam Hati yang Tenang, hati yang Tenang adalah hati yang dpenuhi Cinta Kepada ALLAH SWT

InsyaALLAH, Moga berjumpa lagi


Sunday, 14 January 2018

Bicara Hamba

Dengan nama ALLAH...

Syukur pada ALLAH akhirnya perkongsian ini diizinkan -NYA untuk dihasilkan.

"NikmatNYA yang manakah yang harus kita dustai!"

Pemberian ALLAH kepada setiap hamba bertepatan dengan keperluan hambaNYA bukan kehendak hambaNYA.
"aduhhhh! berdenyut-denyut pulak gigi ni"
MasyaALLAH....ngap...ngap kepala ni !

Antara keluhan-keluhan apabila diuji dengan "nikmat sakit".

Sihat  menjadi dambaan semua kita, namun sering kita 'terlupa' apakah yang terbaik yang kita lakukan apabila diberi nikmat Sihat!

Kita juga 'mungkin' terlupa bahawa setiap pemberian daripada Pencipta kita adalah nikmat.  Tatkala kita diberi nikmat sakit gigi, sakit kepala dan macam-macam sakit yang dianugerahkan oleh Ya Dharr...sebetulnya waktu itu DIA sedang bersama kita.

Teringat saya satu kisah yang diceritakan oleh sorang pendakwah ,   Berlaku di sebuah negara di Afrika Utara, seorang hamba yang terlebuh dulu diberi nikmat keuntungan dalam perdagangannya.  Sampai satu saat, DIA mulai mengambil semula kepunyaanNYA sehingga si pedagang ini tiada punya apa-apa harta termasuk keupayaan tubuh badan kecuali lidahnya saja yang mampu betkata-kata.   Maha Suci ALLAH, kesempatan yang diberikan olehNYA kepada pedagang iaitu lidah dan bibir yang masih mampu berkata-kata telah digunakan senuhnya oleh pedagang tadi untuk berzikir dan memuji kebesaran Sang Pencipta tanpa jemu.   Jadi, nikmat pemberianNYA yang manakah lagi yang dapat kita nafikan.

Mampukah kita menerima segala nikmat DIA seperti sipedagang tersebut tanpa 'mata hati' yang dicurahi Iman & Taqwa?

 

Alamak Harumnya....

Salam barakah buat semua... MasyaAllah lama tak berkesempatan untuk berkongsi di sini. Alhamdullillah  diizinkan ALLAH SWT untuk berkongsi. ...