Sunday, 18 February 2018

Amanah Sihat

Sihat itu Amanah!

Diberi oleh Allah SWT kepada hambaNYA yang paling istimewa iaitu manusia.  Bila disebut amanah maknanya ia memerlukan penjagaan rapi, sebaik mungkin.
Kesihatan bahagian manakah pada seorang manusia itu yang perlu dijaga.  Tentunya keseluruhan iaitu tubuh badan luaran dan dalaman juga yang Paling PENTING adalah Rohani atau Keimanan.

Kadang kita terlupa bila hati dikuasai Iman, Iman yang benar InsyaAllah  kuasa yang sangat hebat terhadap kesihatan fizikal berlaku.

Jom baca ni!

        Rasa bahagia adalah ibarat tubuh sedang terbius oleh morfin semulajadi di dalam otak.  Bahkan morfin ini seratus kali ganda lebih kuat yang mana ianya  akan membantu meredakan kepedihan.  Sejauh mana seseorang berfikir positif dan berasa bahagia  maka sejauh itu pula jaringan protein yang dihasilkan tubuh akan lebih sihat dan daya tahan tubuh akan bertambah kuat.
    
      Sifat-sifat mudah marah, takut, khuatir, risau dan benci andai bersarang dihati maka sofat-sifat tersebut akan mempengaruhi organisme tubuh ke arah negatif dan merubah  fizikal juga.
                    Ferudun Ozdemir :ALLAH ADA, Masalah Tiada
 
    Menurut Dr. Charles Philmore:
      Segala macam ubat yang diperlukan oleh tubuh manusia adalah dihasilkan dalam otak.  Pembaharuan yang ada di dalam otak, akan menyebabkan pembaharuan sel di dalam tubuh kita

Allahuakhbar....
Begitu hebat kuasa redha dan sentiasa bersyukur yang diberikan oleh ALLAH SWT buat hamba-NYA yang terpilih. 
Fikiran yang bahagia PASTINYA hadir dalam Hati yang Tenang, hati yang Tenang adalah hati yang dpenuhi Cinta Kepada ALLAH SWT

InsyaALLAH, Moga berjumpa lagi


No comments:

Post a Comment

Alamak Harumnya....

Salam barakah buat semua... MasyaAllah lama tak berkesempatan untuk berkongsi di sini. Alhamdullillah  diizinkan ALLAH SWT untuk berkongsi. ...